Friday, October 24, 2008

Alahai....

Kenapa aku mengeluh...?Hish mana taknye..penat2 menaip dlm blog ni tetiba je hilang bila edit dan upload gambar...Entah berapa kali aku cuba macam tu juga..lepas ni kalau gagal lagi jawabnya lambatlah aku update blog aku ni. Memang tak pandai2 lagi..

Hari ni aku nak bercerita tentang anak gadis aku yang sorang ni....Ezfahanna namanya baru darjah dua...Hari ni baru habis peperiksaan akhir tahun. Tiap2 kali tiba hari peperiksaan aku yang rasa gelabahnya, padahal dia baru darjah dua. Tiga hari yang lepas dia bertanyakan soalan latihan mathematic berbentuk penyelesaian masaalah. Bila aku baca soalannya yang berbahasa inggeris, aku termenung sebentar...aku tanya Nana faham ke soalan ni? Dia menggeleng lalu aku translatekanlah soalan tersebut ke Bahasa Melayu. Tanpa banyak bicara dia ambil buku latihan dan terus selesaikan masalah tersebut. Eh betul pulak jawapan Nana ni. Tadi kata tak tahu...Nana tahulah bu..tapi tak faham soalan Inggeris tu...Ya Allah itu rupanya masalah dia. Bukan tak tahu buat maths tapi tak faham english...sian Nana...sian anak-anak sekarang. Kalau di zaman aku dulu semuanya dalam bahasa Malaysia pun susah nak jawab, inikan pulak dalam bahasa English. Kemudian dia merujuk pula soalan Sainsnya pada suami aku..Mak oi..ni soalan sains ke pelajaran English ni...kata suamiku...Aku rasa pelajaran Maths dan Sains dlm bahasa Inggeris beri cabaran yang besar terhadap anak2, ibubapa dan guru-guru. Bagaimanalah agaknya anak2 Melayu kampung yang serba kekurangan menghadapinya. Kalau yang berkemampuan tentulah tak menjadi masalah besar kerana boleh menghantar ke kelas tambahan. Tapi bagaimana pula yang tak mampu...?Andai kata anak2 ini memang pandai dalam mathematic tetapi tak memahami English...alangkah ruginya.....Aku rasa x sesuai pelajaran tersebut dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dimana anak2 baru mula nak mengenal I, You ,one two three...hem...pada aku keberkesanan maths dan Science bukan dalam bahasa...tapi itu cuma pendapat peribadi aku sendiri...berdasarkan rasa perihatin seorang ibu terhadap kepayahan anaknya....jangan ada yang melenting pulak nanti....

2 comments:

serikandi said...

kesiannya, dah penat type hilang? lengkli type dlm word dulu, pastu copy paste je.. kalau ada problem takler hilang..

Betul ckp angah tuh, org Jepun tak payah translate bebenda kpd english pun nak jadi pandai. Kitorang student Malaysia yg first dtg negri omputeh masa A level dulu pun takder masalah switch kpd bahser English, sebabnya kita semua dah faham sesungguh Maths tuh dlm bahser Melayu.

Unknown said...

Time kasih..Ada gak yg menyokong....kalau mengikut berita Utusan hari ini Sheikh Muzaffar berkata pelajaran Math dan Sains dlm BI wajar diteruskan...keberkesanannya dapat dilihat bbrapa tahun akan datang...kita tunggu dan lihatlah..moga2 benar...