<$BlogDateHeaderDate$>
Sambungan Bercuti di Bukit Tinggi Pahang
Bercuti di Bukit Tinggi Pahang
<$BlogDateHeaderDate$>
Kari Daging Korban
Tahun ni alhamdulillah, banyak betul dapat daging korban. Menurut abah sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan di taman kami...alhamdulillah...Hmm masak daging korbanlah pulak...seperti biasa resepinya... bahan-bahan
semua bahan- bahan diatas dikisar bersama
semua bahan-bahan diatas dikisar bersama
cara-cara memasaknya..terlebih dahulu tumiskan rempah tumis, cili hidup bawang putih dan bawang kecil yg dikisar. Setelah agak garing, masukkan pula bahan2 kisar yg pertama serta rempah kari daging dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging serta kentang dan sedikit air. Tudungkan periuk hingga menggelegak. Kemudian masukkan santan pekat, serbuk perasa dan garam. Tunggu sehingga kentang dan daging empuk barulah boleh dihidang...Mudah...sungguh mudah.... |
<$BlogDateHeaderDate$>
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS DAUN KESUM
Wahai anak-anakku yang tak pandai makan ikan, hari ini ibu masak lauk ikan tenggiri masak asam pedas...takde ayam-ayam. Hari-hari makan ayam dah rupa semua pun ibu tengok dah macam ayam...kalau takpun suara masing-masing bising macam ayam...pening-pening.... Cubalah rasa lauk ibu nie....ha...berebut pun...tulah ikan sebenarnya sedap tahu? Lain kali cuba dulu jangan asyik nampak ayam je...Oklah untuk my girls, ni ibu nak bagi tahu...bukan ikan tenggiri je sedap dimasak asam. Ikan kembung, Ikan parang, Ikan Jenahak pun boleh juga... Mari ibu ajarkan cara-cara membuatnya...Lain kali bila ibu tak ada ingat-ingatlah resepi ibu ini dan praktikkannya. Jangan asyik nak beli...air tangan sendiri tu lebih baik buat famili.. Bahan-bahannya
Cara membuatnya mudah sahaja...semua bahan-bahan dikisar ditumis sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan semangkuk air asam jawa dan secawan air biarkan sehingga menggelegak barulah dimasukkan ikan. Ini boleh mengelakkan ikan daripada hancur sekiranya dimasukkan terlalu awal. Masukkan garam dan serbuk perasa dan juga daun kesum...selesai...mudahkan..? Minggu depan Ezlyn masak, Nana tolong kakak..ibu perhatikan...sementara cuti sekolah ni..bila lagi nak masak. Bukak sekolah dah kena duk asrama.... |
<$BlogDateHeaderDate$>
AYAM MASAK MERAH
Hari ini resepi saya simple je...jadi kegemaran anak anak. Kalau masak lauk ni ayam semua kena double...heran anak2 aku ni suka betul makan ayam..teringat aku sewaktu kecil dulu agaknya jumpa lauk ayam setahun sekali kot...bila tiba hari raya...hari-hari lauk ikan..itupun dah punyalah bersyukur....seronok makan berebut dgn adik-adik. Mak selalu bagi peraturan, siapa makan last kena kemas dan basuh pinggan...Selalunya akulah yg makan paling last...aku tak kisah pun kalau kena kemas...sikit punya hallah tuu...janji aku dapat menikmati masakan emak yang menyelerakan....berbezalak dgn adik aku yang sorang ni....bila dengar kena kemas je, kelam kabut lah dia makan....Elies jgn marah...betul apa.....tapi sekarang tak camtu kot...mak cerita kau buat kerja semua ada disiplin....tak macam angah...semua main bantai je....masak pun cam tu gak semua main campak2 je...kalau tanya berapa sukatan...erm..mmg angah tak tahulah...semua main agak2 je...ikut sesuka rasa...hehe...tapi heran tu main campak2 tulah yg laku..... ok adik2 yang baru nak belajar memasak...akak nak bagi satu tip...nak senang sebelum memasak sambal misalnya, cili kering,bawang,belacan dan sesudu minyak masak dikisar bersama dan simpanlah di dlm peti sejuk...bila nak guna, terus goreng je...jimat masa...kalau nak masak asam cuma tumbuk bawang putih dan kunyit dan campurkan ke dlm gorengan cili tadi..kan ke senang...tak sampai 20 minit pun...nak makan kat kedai pun ambil masa yang lamakan?Eh apa bebel banyak2 nie...ok jom salin resepi ayam masak merah.... Bahan-bahan
Tumis semua bahan2 yg dikisar sehingga terbit minyak, kemudia masukkan tomato puri, ayam yang telah digoreng dan sedikit air. Apabila kuah dah menggelegak masukkan gula melaka anggarannya seketul tu belahlah dua atau ikut rasa..masukkan garam dan serbuk perasa. Untuk hiasan masukkan bawang besar ynag dihiris bulat...dah siap...mudahkan...adik2..cuba buat sendiri..tak yah beli2...resepi ni paling mudah...tak caya cubalah.... |
<$BlogDateHeaderDate$>
KETAM
<$BlogDateHeaderDate$>
PERGI TAK KEMBALI
Pada 2hb.Nov,2008 lebih kurang 10.30pm seorang insan yang banyak berjasa kepadaku telah pergi mengadap Ilahi. Nenek Ramah, seorang jiran yang baik hati, peramah dan kelakar yang telah ku anggap seperti nenekku sendiri telah meninggalkan kami. Arwah telah lama menderita penyakit kencing manis. Jari kaki telah dipotong. Lebih kurang 5 bulan arwah terlantar dikatil dan selama 5 bulan itulah arwah berulang alik ke hospital. Anak2 arwah semuanya tinggal jauh di Singapura. Yang ada di Melaka cuma Rosni, anak angkat yang dijaga sejak bayi. Mujurlah ada Rosni dan suaminya. Dialah yang banyak berkorban menjaga Atuk Dewi suami Nenek Ramah, suami isteri. Hingga akhir hayatnya Rosni suami isterilah aje yang berkorban menjaga.... Masih terngiang2 ditelingaku suara nenek Dewi."Zah, sihat?""Hawau betullah"...masih segar semuanya dlm ingatan. Yang paling aku tak lupa adalah jasa2 arwah terhadap aku sekeluarga. Sewaktu mak dan abah balik kg, aku dan Elies dipelawa tidur dirumahnya. Walaupun aku kata aku tak takut tinggal berdua di rumah namun dia berkeras mengajak kami tidur dirumahnya. "Dah, jgn byk cakap..kalau apa2 nanti susah, jgn degil malam ni tidur rumah nenek"...... Sewaktu majlis kahwin aku pun gitu juga, arwahlah suami isteri yang banyak membantu mak dan abah...yelah memandangkan perkahwinanku merupakan pengalaman pertama mereka. Maka tak heranlah majlis kahwin aku berlangsung 2hari 2 mlm, siap dengan adat berandam, berinai dan bersanggul Lintang tradisional melaka. Punyalah berat sanggul lintang tu sampai sengal2 bahu aku....Atuk Dewi pula jadi ketua kompang....hai suami isteri...baik sungguh budi kalian...bukan setakat majlis kahwin aku aje, majlis kahwin adik aku Liya pun, dalam keadaan tak sihat dia, masih lagi datang menjengah. Kalau dulu dia macam lipas kudung membantu, tiba turn adik aku, dlm duduk pun tangan dia masih lincah ......Ketika aku terlantar 2 minggu di ICU (akan aku ceritakan kemudian) beliau tak lupa menjengah aku. Sedih rasanya sewaktu arwah terlantar sakit, aku cuma boleh mengurut arwah untuk mengurangkan rasa sakit...dalam pada tu sempat juga dia buat kelakar...... Kini yang tinggal hanyalah kenangan dan jasa2 arwah sahaja...Terbayang2 gelak tawanya dan gurau sendanya....terdengar-dengar lagi jerit dan latahnya.....Semoga arwah ditempatkan dgn orang2 yang beriman....... |





