Thursday, October 30, 2008

PENCEROBOH


Semalam sewaktu mengangkat kain aku sempat berbual-bual dengan Baba jiran dibelakang rumahku. Menurut Baba rumahnya baru di masuki pencuri. Waktu tu cuma beliau, isteri dan seorang pembantu rumah yang ada. Sungguh terperanjat apabila terjaga dari tidur 2 org lelaki yang tidak dikenali sedang mengacukan parang kearahnya. Dia telah diberi amaran supaya tidak melawan sekiranya ingin selamat...tapi kudrat org tua manalah boleh melawan ditambah pula penyakit jantung yang dihidapinya. Mujurlah masih ada rasa simpati di hati pencuri2 tersebut. Mereka berdua tidak diapa-apakan. Mangsa cuma kehilangan wang tunai dan barang kemas....

Cerita Baba mengingatkan aku pada peristiwa yang berlaku pada tahun 2003. Yang lebih mengharukan ianya berlaku pada malam hari raya Aidil Fitri. Hari terakhir berpuasa, kami telah pulang ke kampung untuk berbuka dan akan balik semula ke rumah sebelum pukul 1.00 am. Kami telah melakukan satu kesilapan yang besar pada hari tersebut...meninggalkan rumah tanpa memasang lampu...niat kami biarlah org datang takbir tahu kami tiada dirumah malam tersebut..tp pencuri pun tahu...bodohnya aku...

Punyalah terperanjatnya aku apabila membuka pintu, rumah aku dalam keadaan lintang pukang. Grill tingkap aku telah dibuka screwnya...Pintu utama utk kebilik2 telah dipecahkan kuncinya...apabila masuk je ke bilik tidur...masyaAllah...habis semua kain baju terkirai..laci terbalik..katil tunggang langgang...dan kotak barang kemas aku????...kosong....terduduk aku...

Bayangkanlah waktu tu baru pukul 1.00am...Malam raya jiran2 pun belum tidur lagi...mmg pencuri mudah buat kerja2 dia tanpa diketahui oleh jiran kerana tembok disekeliling rumahku agak tinggi...kalau dah masuk tak siapa akan tahu...Malam tu juga suami membuat laporan polis dan polis telah datang kerumah untuk mencari bukti dan mengambil keterangan dari kami. Mereka tanya ada sesiapa yang disyaki. Aku beritahu pada polis tu 2 hari yang lepas aku ada mengupah 2 org wanita Indonesia yg tinggal di rumah kongsi berdekatan untuk mengemas rumah. Itulah org yang paling aku syaki..tapi jawapan dari pegawai polis tersebut begitu mengecewakan. Menurutnya malam raya mereka kekurangan kakitangan untuk ambush ke rumah kongsi tersebut. Dlm hati rasa ingin ckp je...takkan tak boleh minta bantuan polis dari kaw lain?

Suamiku telah mengadu kes kepada salah seorang kawannya di Bukit Aman dan mereka telah menyerbu ke rumah kongsi tersebut selepas 3 hari kejadian..Menurut mereka wanita2 dan pasangan mereka dah meninggalkan rumah kongsi....hai geram aku..kalaulah polis berkejar ke situ pada malam raya sure pencuri2 tu dapat diberkas...

Pagi raya kami sekeluarga takde mood nak kemana2. Kisah rumah diceroboh kami rahsiakan dari keluarga dikampung...sesungguhnya peritiwa hitam tersebut menjadi pengajaran yang paling berguna buat kami sekeluarga...Tapi kami bersyukur kerana sewaktu kecurian tu berlaku tiada sesiapa pun dirumah...Aku bayangkan kalaulah aku tak ikut suami pulang kekampung seperti yng selalu aku lakukan ...apalah yang terjadi pada aku....atau pada anak2 aku....

No comments: