Tuesday, December 23, 2008

Kari Daging Korban


Tahun ni alhamdulillah, banyak betul dapat daging korban. Menurut abah sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan di taman kami...alhamdulillah...Hmm masak daging korbanlah pulak...seperti biasa resepinya...

bahan-bahan

  1. sebatang serai
  2. seinci halia
  3. sedikit kunyit hidup
  4. sedikit lengkuas

semua bahan- bahan diatas dikisar bersama

  1. cili hidup
  2. bawang kecil
  3. bawang putih

semua bahan-bahan diatas dikisar bersama

  1. santan kelapa
  2. daun kari
  3. rempah kari daging
  4. rempah tumis(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
  5. garam dan serbuk perasa
  6. daging
  7. kentang

cara-cara memasaknya..terlebih dahulu tumiskan rempah tumis, cili hidup bawang putih dan bawang kecil yg dikisar. Setelah agak garing, masukkan pula bahan2 kisar yg pertama serta rempah kari daging dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging serta kentang dan sedikit air. Tudungkan periuk hingga menggelegak. Kemudian masukkan santan pekat, serbuk perasa dan garam. Tunggu sehingga kentang dan daging empuk barulah boleh dihidang...Mudah...sungguh mudah....

Tuesday, December 16, 2008

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS DAUN KESUM

Wahai anak-anakku yang tak pandai makan ikan, hari ini ibu masak lauk ikan tenggiri masak asam pedas...takde ayam-ayam. Hari-hari makan ayam dah rupa semua pun ibu tengok dah macam ayam...kalau takpun suara masing-masing bising macam ayam...pening-pening....

Cubalah rasa lauk ibu nie....ha...berebut pun...tulah ikan sebenarnya sedap tahu? Lain kali cuba dulu jangan asyik nampak ayam je...Oklah untuk my girls, ni ibu nak bagi tahu...bukan ikan tenggiri je sedap dimasak asam. Ikan kembung, Ikan parang, Ikan Jenahak pun boleh juga...

Mari ibu ajarkan cara-cara membuatnya...Lain kali bila ibu tak ada ingat-ingatlah resepi ibu ini dan praktikkannya. Jangan asyik nak beli...air tangan sendiri tu lebih baik buat famili..

Bahan-bahannya

  1. cili kering 
  2. bawang kecil
  3. bawang putih
  4. belacan
  5. kunyit hidup
  6. lada hitam...
  7. semua bahan-bahan diatas dikisar halus
  8. daun kesum
  9. garam dan serbuk perasa
  10. air asam jawa
  11. ikan tenggiri

Cara membuatnya mudah sahaja...semua bahan-bahan dikisar ditumis sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan semangkuk air asam jawa dan secawan air biarkan sehingga menggelegak barulah dimasukkan ikan. Ini boleh mengelakkan ikan daripada hancur sekiranya dimasukkan terlalu awal. Masukkan garam dan serbuk perasa dan juga daun kesum...selesai...mudahkan..?

Minggu depan Ezlyn masak, Nana tolong kakak..ibu perhatikan...sementara cuti sekolah ni..bila lagi nak masak. Bukak sekolah dah kena duk asrama....

Sunday, December 14, 2008

AYAM MASAK MERAH


Hari ini resepi saya simple je...jadi kegemaran anak anak. Kalau masak lauk ni ayam semua kena double...heran anak2 aku ni suka betul makan ayam..teringat aku sewaktu kecil dulu agaknya jumpa lauk ayam setahun sekali kot...bila tiba hari raya...hari-hari lauk ikan..itupun dah punyalah bersyukur....seronok makan berebut dgn adik-adik. Mak selalu bagi peraturan, siapa makan last kena kemas dan basuh pinggan...Selalunya akulah yg makan paling last...aku tak kisah pun kalau kena kemas...sikit punya hallah tuu...janji aku dapat menikmati masakan emak yang menyelerakan....berbezalak dgn adik aku yang sorang ni....bila dengar kena kemas je, kelam kabut lah dia makan....Elies jgn marah...betul apa.....tapi sekarang tak camtu kot...mak cerita kau buat kerja semua ada disiplin....tak macam angah...semua main bantai je....masak pun cam tu gak semua main campak2 je...kalau tanya berapa sukatan...erm..mmg angah tak tahulah...semua main agak2 je...ikut sesuka rasa...hehe...tapi heran tu main campak2 tulah yg laku.....

ok adik2 yang baru nak belajar memasak...akak nak bagi satu tip...nak senang sebelum memasak sambal misalnya, cili kering,bawang,belacan dan sesudu minyak masak dikisar bersama dan simpanlah di dlm peti sejuk...bila nak guna, terus goreng je...jimat masa...kalau nak masak asam cuma tumbuk bawang putih dan kunyit dan campurkan ke dlm gorengan cili tadi..kan ke senang...tak sampai 20 minit pun...nak makan kat kedai pun ambil masa yang lamakan?Eh apa bebel banyak2 nie...ok jom salin resepi ayam masak merah....

Bahan-bahan

  1. Seekor ayam dipotong kecil kemudian digoreng jgn garing
  2. cili kering
  3. bawang kecil
  4. bawang putih
  5. belacan
  6. halia
  7. serai semua bahan2 di atas dikisar
  8. tomato puri anggaran 4 sudu besar
  9. gula melaka
  10. garam dan sedikit serbuk perasa

Tumis semua bahan2 yg dikisar sehingga terbit minyak, kemudia masukkan tomato puri, ayam yang telah digoreng dan sedikit air. Apabila kuah dah menggelegak masukkan gula melaka anggarannya seketul tu belahlah dua atau ikut rasa..masukkan garam dan serbuk perasa. Untuk hiasan masukkan bawang besar ynag dihiris bulat...dah siap...mudahkan...adik2..cuba buat sendiri..tak yah beli2...resepi ni paling mudah...tak caya cubalah....

Thursday, December 11, 2008

KETAM


Assalammualaikum...

Lama dah tak update blog...nak cerita apa ye hari ni...emm tajuk dipilih ketam..Ada sejenis alat pertukangan tradisional diperbuat daripada kayu dan terdapat bilah besi ditengah. Gunanya untuk melicinkan papan atau mengetam...teringat abah...dulu abah selalu gunakan ketam ni...abah pandai bertukang..dulu-dulu semua abah buat sendiri...almari kasutlah, kotak menyimpan baranglah...abah memang kreatif..lagi satu abah pandai dalam hal2 elektrik...boleh gak jadi satu sumber pendapatan....rasa2nya aku ni ada sikit2 bakat abah kot...hehe...

Ok..itu cerita pasal abah dan salah satu alat pertukangannya..tapi apa yang aku nak tulis hari ni adalah resipi....ketam masak lemak cili api....lagi pedas lagi menjilat jari....

bahan-bahannya

  1. ketam
  2. santan dari sebiji kelapa
  3. cili api ..pedas ikut rasa...
  4. serai
  5. kunyit hidup
  6. daun kunyit

Cara memasaknya simple aje...cili api, serai dan kunyit ditumbuk lumat kemudian campurkan kesemuanya bersama ketam dan santan kelapa dan harus sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan dari pecah minyak. Setelah mengelegak kuah tambahkan garam secukup rasa. Masukkan daun kunyit sebagai penambah bau dan rasa...dah siap..simplekan?...tak sampai 40 minit pun....

Cerita pasal ketam ni teringat pulak kehidupan aku sewaktu kecil. Mak aku anak nelayan, jadi setiap kali balik kampung aku berpeluang makan hasil tangkapan laut segar2. Memang sedap rasanya ikan, udang dan ketam baru ni...Biasanya bila bapa2 saudara aku pulang dari laut kami memang dah menunggu hasilnya....terus je ambil ketam, udang dan ikan dan dibakar...pilih yg besar2 pulak tu....rasanya...punyalah manis....

Sekarang ni semua tu tinggal kenangan...jarang dah dapat merasa ikan2 segar ni sebab bapa2 saudara semuanya dah mempunyai pekerjaan tetap..kelaut cuma sebagai mengisi masa lapang ..kalau teringin sangat nak makan ikan fresh senang je...kat Melaka ni cari jelah di Ujung Pasir....nelayan2 Portugis sedia menjual dgn harga2 berpatutan...atau kalau nak senang lagi pergi jelah makan ikan bakar di medan ikan bakar Umbai, Serkam,Anjung Batu atau Perkampungan Ikan Bakar Terapung...dijamin percutian anda akan berbaloi.....Sedap oi....

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT DATANG KE MELAKA....

Wednesday, November 5, 2008

PERGI TAK KEMBALI


Pada 2hb.Nov,2008 lebih kurang 10.30pm seorang insan yang banyak berjasa kepadaku telah pergi mengadap Ilahi. Nenek Ramah, seorang jiran yang baik hati, peramah dan kelakar yang telah ku anggap seperti nenekku sendiri telah meninggalkan kami.

Arwah telah lama menderita penyakit kencing manis. Jari kaki telah dipotong. Lebih kurang 5 bulan arwah terlantar dikatil dan selama 5 bulan itulah arwah berulang alik ke hospital. Anak2 arwah semuanya tinggal jauh di Singapura. Yang ada di Melaka cuma Rosni, anak angkat yang dijaga sejak bayi. Mujurlah ada Rosni dan suaminya. Dialah yang banyak berkorban menjaga Atuk Dewi suami Nenek Ramah, suami isteri. Hingga akhir hayatnya Rosni suami isterilah aje yang berkorban menjaga....

Masih terngiang2 ditelingaku suara nenek Dewi."Zah, sihat?""Hawau betullah"...masih segar semuanya dlm ingatan. Yang paling aku tak lupa adalah jasa2 arwah terhadap aku sekeluarga. Sewaktu mak dan abah balik kg, aku dan Elies dipelawa tidur dirumahnya. Walaupun aku kata aku tak takut tinggal berdua di rumah namun dia berkeras mengajak kami tidur dirumahnya. "Dah, jgn byk cakap..kalau apa2 nanti susah, jgn degil malam ni tidur rumah nenek"......

Sewaktu majlis kahwin aku pun gitu juga, arwahlah suami isteri yang banyak membantu mak dan abah...yelah memandangkan perkahwinanku merupakan pengalaman pertama mereka. Maka tak heranlah majlis kahwin aku berlangsung 2hari 2 mlm, siap dengan adat berandam, berinai dan bersanggul Lintang tradisional melaka. Punyalah berat sanggul lintang tu sampai sengal2 bahu aku....Atuk Dewi pula jadi ketua kompang....hai suami isteri...baik sungguh budi kalian...bukan setakat majlis kahwin aku aje, majlis kahwin adik aku Liya pun, dalam keadaan tak sihat dia, masih lagi datang menjengah. Kalau dulu dia macam lipas kudung membantu, tiba turn adik aku, dlm duduk pun tangan dia masih lincah ......Ketika aku terlantar 2 minggu di ICU (akan aku ceritakan kemudian) beliau tak lupa menjengah aku. Sedih rasanya sewaktu arwah terlantar sakit, aku cuma boleh mengurut arwah untuk mengurangkan rasa sakit...dalam pada tu sempat juga dia buat kelakar......

Kini yang tinggal hanyalah kenangan dan jasa2 arwah sahaja...Terbayang2 gelak tawanya dan gurau sendanya....terdengar-dengar lagi jerit dan latahnya.....Semoga arwah ditempatkan dgn orang2 yang beriman.......

Thursday, October 30, 2008

PENCEROBOH


Semalam sewaktu mengangkat kain aku sempat berbual-bual dengan Baba jiran dibelakang rumahku. Menurut Baba rumahnya baru di masuki pencuri. Waktu tu cuma beliau, isteri dan seorang pembantu rumah yang ada. Sungguh terperanjat apabila terjaga dari tidur 2 org lelaki yang tidak dikenali sedang mengacukan parang kearahnya. Dia telah diberi amaran supaya tidak melawan sekiranya ingin selamat...tapi kudrat org tua manalah boleh melawan ditambah pula penyakit jantung yang dihidapinya. Mujurlah masih ada rasa simpati di hati pencuri2 tersebut. Mereka berdua tidak diapa-apakan. Mangsa cuma kehilangan wang tunai dan barang kemas....

Cerita Baba mengingatkan aku pada peristiwa yang berlaku pada tahun 2003. Yang lebih mengharukan ianya berlaku pada malam hari raya Aidil Fitri. Hari terakhir berpuasa, kami telah pulang ke kampung untuk berbuka dan akan balik semula ke rumah sebelum pukul 1.00 am. Kami telah melakukan satu kesilapan yang besar pada hari tersebut...meninggalkan rumah tanpa memasang lampu...niat kami biarlah org datang takbir tahu kami tiada dirumah malam tersebut..tp pencuri pun tahu...bodohnya aku...

Punyalah terperanjatnya aku apabila membuka pintu, rumah aku dalam keadaan lintang pukang. Grill tingkap aku telah dibuka screwnya...Pintu utama utk kebilik2 telah dipecahkan kuncinya...apabila masuk je ke bilik tidur...masyaAllah...habis semua kain baju terkirai..laci terbalik..katil tunggang langgang...dan kotak barang kemas aku????...kosong....terduduk aku...

Bayangkanlah waktu tu baru pukul 1.00am...Malam raya jiran2 pun belum tidur lagi...mmg pencuri mudah buat kerja2 dia tanpa diketahui oleh jiran kerana tembok disekeliling rumahku agak tinggi...kalau dah masuk tak siapa akan tahu...Malam tu juga suami membuat laporan polis dan polis telah datang kerumah untuk mencari bukti dan mengambil keterangan dari kami. Mereka tanya ada sesiapa yang disyaki. Aku beritahu pada polis tu 2 hari yang lepas aku ada mengupah 2 org wanita Indonesia yg tinggal di rumah kongsi berdekatan untuk mengemas rumah. Itulah org yang paling aku syaki..tapi jawapan dari pegawai polis tersebut begitu mengecewakan. Menurutnya malam raya mereka kekurangan kakitangan untuk ambush ke rumah kongsi tersebut. Dlm hati rasa ingin ckp je...takkan tak boleh minta bantuan polis dari kaw lain?

Suamiku telah mengadu kes kepada salah seorang kawannya di Bukit Aman dan mereka telah menyerbu ke rumah kongsi tersebut selepas 3 hari kejadian..Menurut mereka wanita2 dan pasangan mereka dah meninggalkan rumah kongsi....hai geram aku..kalaulah polis berkejar ke situ pada malam raya sure pencuri2 tu dapat diberkas...

Pagi raya kami sekeluarga takde mood nak kemana2. Kisah rumah diceroboh kami rahsiakan dari keluarga dikampung...sesungguhnya peritiwa hitam tersebut menjadi pengajaran yang paling berguna buat kami sekeluarga...Tapi kami bersyukur kerana sewaktu kecurian tu berlaku tiada sesiapa pun dirumah...Aku bayangkan kalaulah aku tak ikut suami pulang kekampung seperti yng selalu aku lakukan ...apalah yang terjadi pada aku....atau pada anak2 aku....

Friday, October 24, 2008

Alahai....

Kenapa aku mengeluh...?Hish mana taknye..penat2 menaip dlm blog ni tetiba je hilang bila edit dan upload gambar...Entah berapa kali aku cuba macam tu juga..lepas ni kalau gagal lagi jawabnya lambatlah aku update blog aku ni. Memang tak pandai2 lagi..

Hari ni aku nak bercerita tentang anak gadis aku yang sorang ni....Ezfahanna namanya baru darjah dua...Hari ni baru habis peperiksaan akhir tahun. Tiap2 kali tiba hari peperiksaan aku yang rasa gelabahnya, padahal dia baru darjah dua. Tiga hari yang lepas dia bertanyakan soalan latihan mathematic berbentuk penyelesaian masaalah. Bila aku baca soalannya yang berbahasa inggeris, aku termenung sebentar...aku tanya Nana faham ke soalan ni? Dia menggeleng lalu aku translatekanlah soalan tersebut ke Bahasa Melayu. Tanpa banyak bicara dia ambil buku latihan dan terus selesaikan masalah tersebut. Eh betul pulak jawapan Nana ni. Tadi kata tak tahu...Nana tahulah bu..tapi tak faham soalan Inggeris tu...Ya Allah itu rupanya masalah dia. Bukan tak tahu buat maths tapi tak faham english...sian Nana...sian anak-anak sekarang. Kalau di zaman aku dulu semuanya dalam bahasa Malaysia pun susah nak jawab, inikan pulak dalam bahasa English. Kemudian dia merujuk pula soalan Sainsnya pada suami aku..Mak oi..ni soalan sains ke pelajaran English ni...kata suamiku...Aku rasa pelajaran Maths dan Sains dlm bahasa Inggeris beri cabaran yang besar terhadap anak2, ibubapa dan guru-guru. Bagaimanalah agaknya anak2 Melayu kampung yang serba kekurangan menghadapinya. Kalau yang berkemampuan tentulah tak menjadi masalah besar kerana boleh menghantar ke kelas tambahan. Tapi bagaimana pula yang tak mampu...?Andai kata anak2 ini memang pandai dalam mathematic tetapi tak memahami English...alangkah ruginya.....Aku rasa x sesuai pelajaran tersebut dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dimana anak2 baru mula nak mengenal I, You ,one two three...hem...pada aku keberkesanan maths dan Science bukan dalam bahasa...tapi itu cuma pendapat peribadi aku sendiri...berdasarkan rasa perihatin seorang ibu terhadap kepayahan anaknya....jangan ada yang melenting pulak nanti....